Saturday, December 15, 2007

LILIN



Dirimu bagaikan lilin
Memberikan cahaya terangi sekeliling
Dengan diri terbakar tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela kau berkorban demi satu harapan

Biar masa berlari dan ku terus mendaki
Kau tenang di sana dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya ku terjatuh terluka dan tersungkur
Kau rawat biar sembuh

Kau takkan bertanya
apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
walaupun sering ku ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Agar ketara jua

Dirimu bagaikan lilin
Memberikan cahaya
Saat ku kesepian saat ku kegelapan
Kau rela menerangkan
Kau senang begitu
Dapat terus berbakti dengan cara sendiri


Tuesday, December 11, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU



Saat indah bersamamu...selamat pengantin baru buat aku
yang telah bernikah dengan Azlina binti Shahri pada 20-10-2007.
Doakan kami bahagia dunia dan akhirat kekal selama-lamanya..serata dikurniakan anak yang soleh dan solehah... alin kawin dengan abang ye..
hehehe..

Saturday, April 21, 2007

KETENANGAN


Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.


Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain.


Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.


Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.
Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah :


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binantang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).


Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syuga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya.


Iaitu orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Ali Imran 17-23)


Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.” (ar Raad: 28)


Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna.
mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereKerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparanka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.


Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya?

1) Melalui nasihat

2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang

3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil

4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah

Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin ya Rabbal Alamin.

Thursday, March 15, 2007

SOLAT


Mari kita semak solat fardu kita. Di kategori mana agaknya kita berada. Selamat Menyemak...

1. Solat bila rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahri terbit )

3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir sampai waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum,solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu..)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah ,amat jarang atau pun tidak pernah solat di masjid /
surau ( bagi lelaki )

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam..

10. Sentiasa berusaha solat di masjid / surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardhu.

12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah
sihat.

13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila balik kampung ) , solat ditinggalkan ,
qadha kemudian bila sampai rumah.

14. Solat sekali seminggu , solat Jumaat sahaja......dia pergi pun pasal member yg lain pergi

15. Solat bila ada masalah

16. Solat bila orang di sekeliling solat , kalau tidak buat tak tahu aje.

17. Solat sebulan sekali.

18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.

19. Solat seumur hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung...sedar-sedar dah meninggal ! ! !

Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak pekara yang pertama sekali ditanya oleh Allah adalah solat. Jika sempurna >solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang di kenakan terhadap orang yang meninggalkan solat. Solat fardhu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan selagi masih <---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal lagik waras.Ianya tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat dimasjid/surau ( bagi lelaki ) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya , bacaannya serta rukunnya mengambil wudhu' secara sempurna. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita. wassalam

Friday, February 23, 2007

LAYANKAN



Kuliah dah mula dah kitab pun dah kuar..ari Khamis lepas dah beli kitab ulum quran…dgn amik tasdiq untuk buat iqomah sabtu ni..nak wat iqomah yang dah mati 3 bulan..kira aku ni dah mcm pendatang haramla ..mudahan tahun ni aku lulus dgn cemerlang..amin ya Rabb…best ek klu dpt mumtaz ke jaiyid jiddan ke..bestnye..

Apa yang menarik ek pada minggu2 yang lepas untuk diceritakan…mungkin ada cerita menarik tp aku lupa kot…antara yang menarik aku masuk kursus perubatan yang dianjurkan oleh pelajar2 perubatan kat sini..antara yang diperbincangkan ialah mcm mana pesakit ni nak melakukan ibadat klu tgh sakit,kena balut tangan ke kaki ke,tak bleh kena air ke atau sebagainya..terutama solat…itu kira dikategorikan sbg darurat..tetapi tetap kena solat juga walau apa keadaan kita sekalipun…kerana solat ni tiang agamatak kira sakit ke apa ke tetap kita kena solat juga...kursus ni sebenarnya untuk bakal-bakal doktor yang akan bertugas di hospital untuk membantu pesakit-pesakit melakukan ibadah…saje je masuk utk menambah thaqafah…

Hari Ahad lepas ada futsal anjuran BKPJM..aku ni dah lama tak main..tapi masuk jg..aku layankan je bdk2 ni ajak aku main…memang lepak kaki mcm nak tanggal dgn stamina yang tak ada…semput2..tp yang penting team aku dapt naib johan…saje bagi2 budak 2 baru menang kalah pun satu kosong je..itu pun silap sikit je..tp serangan team aku tak putus2 cuba mencari gol…cuma nasib je yang takde heheheh..tp yang best aku dapat golkan satu dalam banyak2 perlawana tu hahahah…

Pada 10-2 best juga aku dapat pie ziarah makam2 kat sekitar kaherah..makam aulia..bestla aritu tak tau sbb apa best heheheh…tp ada satu makam tu aku tak pernah pergi..kira taajub la juga ddalam satu masjid tu ada…17 makam peh byk betul Subhannallah…lupalah lama masjid tu apa nnti aku cek balik apa namanya…

Hari ni ari jumaat…ari ni usrah kawasan asyir buat kat umah aku…tp aku tak ikut sgt manhaj yang ditetapkan..aku layankan sbb mase baru balik mesir je terkejut juga aku ditaklifkan sbg naqib kawasan asyir…takde org lain ke dlm hati aku…tp lps aku fikir2 mungkin ada kebaikan yang aku tak tau… rugila bdk2 ni tak dtg pagi tadi sbb aku dah dpt ilmu yang takde kat kuliah…rugi beb tak dtg..ketawa melekek – lekek bila aku buat aktiviti tu yang aku jemput khas dari sudan…hahahah..bukanla aku jemput apai(ust fairuz) utk mengepalai aktiviti tu…tapi ilmu ni sgt penting utkmasa hadapan…semoga aku berjaya dunia dan akhirat..amin..

org sakit pun tetap kena solat ni pulak kite yg sihat..

Thursday, January 04, 2007

BAHTERA RUMAHTANGGA

Tahniah dan mabruk kepada abang aku Mohd Khairul Anuar yang bernikah pada 5-1-2007. semoga Allah memberkatinya dan isteri.Selamat melayari bahtera rumahtangga,semoga bahagia & ceria dalam berumahtangga..serta bahagia ke anak cucu cicit..hinga hari kiamat...tapi jangan lupa doakan aku pulak dipermudah segalanya..hehehehe


Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati
Dari mana bibit asmara
Dari jiwa yang suci murni

Tidak kenal maka tak cinta
Bukan bidalan gila bahasa
Kasih sayang tinggi nilainya
Jika ingin bergelar manusia

Cinta itu bukan mainan
Hilang dimata di hati jangan
Kerana cinta lahir turunan
Nama dikenang zaman berzaman

Murahnya cinta tabur- taburan
Nafsu buas laksana haiwan
Cinta sejati itu tujuan
Beradap sopan itu panduan

Ramai insan hilang pedoman
Akibat cinta tidak tertahan
Akal mati nafsu menawan
Sensara hidup tanpa nilaian

Cinta dan asmara ini cerita
bukan mainan si anak muda
suami isteri empunya ia
untuk rukun rumahtangga

ada pernah dibidal orang
sudah berkahwin cinta pun hilang
bidalan salah kurang membilang
disitulah letak asmara gemilang

cinta hanya untuk pasangan
sesudah nikah baru mengawan
kasih asmara cinta dibuktikan
tanggungjawab rela dibeban

cinta asmara bukti setia
suami isteri hidup berdua
sama padan sama sekata
api cinta semarak sentiasa

kalau hidup berumah tangga
buktikan cinta dalam segala
berbuat baik bergaul mesra
ikut segala panduan agama

cinta diberi takkan kurang
bertambah subur serta matang
mata senang bila memadang
jiwa senang kasih bertandang

rumahtangga istana asmara
intan payung permata hati
cinta khalifah kasih bermakna
keluarga cemerlang bijak bistari