Oleh : Mohd Zaki M Noor. www.mohdzaki.blogspot.com
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila diuji susah lantas lemah.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila di persimpangan jalan lantas bingung.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila ditimpa bencana lantas sedih.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila dicabar sesuatu lantas ragu.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila diberi nikmat lantas lupa.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila digoda kesenangan lantas hanyut.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bila diherdik cerca lantas pilu.
Aku yang belum berjiwa pejuang
bilakah mahu menafikan semua itu?
2 comments:
hurm not bad...
kamu yang ilhamkan ker??
kwan saya yang ilhamkan ada alamat blog dia kat situ www.mohdzaki.blogspot.com
Post a Comment