Saturday, December 15, 2007

LILIN



Dirimu bagaikan lilin
Memberikan cahaya terangi sekeliling
Dengan diri terbakar tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela kau berkorban demi satu harapan

Biar masa berlari dan ku terus mendaki
Kau tenang di sana dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya ku terjatuh terluka dan tersungkur
Kau rawat biar sembuh

Kau takkan bertanya
apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan di hati
walaupun sering ku ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Agar ketara jua

Dirimu bagaikan lilin
Memberikan cahaya
Saat ku kesepian saat ku kegelapan
Kau rela menerangkan
Kau senang begitu
Dapat terus berbakti dengan cara sendiri


Tuesday, December 11, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU



Saat indah bersamamu...selamat pengantin baru buat aku
yang telah bernikah dengan Azlina binti Shahri pada 20-10-2007.
Doakan kami bahagia dunia dan akhirat kekal selama-lamanya..serata dikurniakan anak yang soleh dan solehah... alin kawin dengan abang ye..
hehehe..

Saturday, April 21, 2007

KETENANGAN


Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya.


Sebenarnya ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang. Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan diluar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain.


Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat diwaktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan di reject oleh piawaian. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.


Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi.
Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu. Firman Allah :


“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binantang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allahlah tempat kembali yang baik (Syurga).


Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syuga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya.


Iaitu orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.” (Ali Imran 17-23)


Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah:
“Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.” (ar Raad: 28)


Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna.
mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereKerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparanka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan.


Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya?

1) Melalui nasihat

2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang

3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil

4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah

Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi. Amin ya Rabbal Alamin.

Thursday, March 15, 2007

SOLAT


Mari kita semak solat fardu kita. Di kategori mana agaknya kita berada. Selamat Menyemak...

1. Solat bila rasa nak solat sahaja ,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu ,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahri terbit )

3. Solat lima waktu tetapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir sampai waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum,solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu..)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah ,amat jarang atau pun tidak pernah solat di masjid /
surau ( bagi lelaki )

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga khusyuknya sedar-sedar dah bagi salam..

10. Sentiasa berusaha solat di masjid / surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardhu.

12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah
sihat.

13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja ( contoh bila balik kampung ) , solat ditinggalkan ,
qadha kemudian bila sampai rumah.

14. Solat sekali seminggu , solat Jumaat sahaja......dia pergi pun pasal member yg lain pergi

15. Solat bila ada masalah

16. Solat bila orang di sekeliling solat , kalau tidak buat tak tahu aje.

17. Solat sebulan sekali.

18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.

19. Solat seumur hidup sekali , itupun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung...sedar-sedar dah meninggal ! ! !

Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak pekara yang pertama sekali ditanya oleh Allah adalah solat. Jika sempurna >solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya amalan-amalan puasa ,sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang di kenakan terhadap orang yang meninggalkan solat. Solat fardhu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan selagi masih <---- ramai yg dah tau bab nie.....tapi masih ungkal lagik waras.Ianya tidak boleh di tinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata.Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh.Solat yang terbaik ialah solat dimasjid/surau ( bagi lelaki ) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya , bacaannya serta rukunnya mengambil wudhu' secara sempurna. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita. wassalam

Friday, February 23, 2007

LAYANKAN



Kuliah dah mula dah kitab pun dah kuar..ari Khamis lepas dah beli kitab ulum quran…dgn amik tasdiq untuk buat iqomah sabtu ni..nak wat iqomah yang dah mati 3 bulan..kira aku ni dah mcm pendatang haramla ..mudahan tahun ni aku lulus dgn cemerlang..amin ya Rabb…best ek klu dpt mumtaz ke jaiyid jiddan ke..bestnye..

Apa yang menarik ek pada minggu2 yang lepas untuk diceritakan…mungkin ada cerita menarik tp aku lupa kot…antara yang menarik aku masuk kursus perubatan yang dianjurkan oleh pelajar2 perubatan kat sini..antara yang diperbincangkan ialah mcm mana pesakit ni nak melakukan ibadat klu tgh sakit,kena balut tangan ke kaki ke,tak bleh kena air ke atau sebagainya..terutama solat…itu kira dikategorikan sbg darurat..tetapi tetap kena solat juga walau apa keadaan kita sekalipun…kerana solat ni tiang agamatak kira sakit ke apa ke tetap kita kena solat juga...kursus ni sebenarnya untuk bakal-bakal doktor yang akan bertugas di hospital untuk membantu pesakit-pesakit melakukan ibadah…saje je masuk utk menambah thaqafah…

Hari Ahad lepas ada futsal anjuran BKPJM..aku ni dah lama tak main..tapi masuk jg..aku layankan je bdk2 ni ajak aku main…memang lepak kaki mcm nak tanggal dgn stamina yang tak ada…semput2..tp yang penting team aku dapt naib johan…saje bagi2 budak 2 baru menang kalah pun satu kosong je..itu pun silap sikit je..tp serangan team aku tak putus2 cuba mencari gol…cuma nasib je yang takde heheheh..tp yang best aku dapat golkan satu dalam banyak2 perlawana tu hahahah…

Pada 10-2 best juga aku dapat pie ziarah makam2 kat sekitar kaherah..makam aulia..bestla aritu tak tau sbb apa best heheheh…tp ada satu makam tu aku tak pernah pergi..kira taajub la juga ddalam satu masjid tu ada…17 makam peh byk betul Subhannallah…lupalah lama masjid tu apa nnti aku cek balik apa namanya…

Hari ni ari jumaat…ari ni usrah kawasan asyir buat kat umah aku…tp aku tak ikut sgt manhaj yang ditetapkan..aku layankan sbb mase baru balik mesir je terkejut juga aku ditaklifkan sbg naqib kawasan asyir…takde org lain ke dlm hati aku…tp lps aku fikir2 mungkin ada kebaikan yang aku tak tau… rugila bdk2 ni tak dtg pagi tadi sbb aku dah dpt ilmu yang takde kat kuliah…rugi beb tak dtg..ketawa melekek – lekek bila aku buat aktiviti tu yang aku jemput khas dari sudan…hahahah..bukanla aku jemput apai(ust fairuz) utk mengepalai aktiviti tu…tapi ilmu ni sgt penting utkmasa hadapan…semoga aku berjaya dunia dan akhirat..amin..

org sakit pun tetap kena solat ni pulak kite yg sihat..

Thursday, January 04, 2007

BAHTERA RUMAHTANGGA

Tahniah dan mabruk kepada abang aku Mohd Khairul Anuar yang bernikah pada 5-1-2007. semoga Allah memberkatinya dan isteri.Selamat melayari bahtera rumahtangga,semoga bahagia & ceria dalam berumahtangga..serta bahagia ke anak cucu cicit..hinga hari kiamat...tapi jangan lupa doakan aku pulak dipermudah segalanya..hehehehe


Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati
Dari mana bibit asmara
Dari jiwa yang suci murni

Tidak kenal maka tak cinta
Bukan bidalan gila bahasa
Kasih sayang tinggi nilainya
Jika ingin bergelar manusia

Cinta itu bukan mainan
Hilang dimata di hati jangan
Kerana cinta lahir turunan
Nama dikenang zaman berzaman

Murahnya cinta tabur- taburan
Nafsu buas laksana haiwan
Cinta sejati itu tujuan
Beradap sopan itu panduan

Ramai insan hilang pedoman
Akibat cinta tidak tertahan
Akal mati nafsu menawan
Sensara hidup tanpa nilaian

Cinta dan asmara ini cerita
bukan mainan si anak muda
suami isteri empunya ia
untuk rukun rumahtangga

ada pernah dibidal orang
sudah berkahwin cinta pun hilang
bidalan salah kurang membilang
disitulah letak asmara gemilang

cinta hanya untuk pasangan
sesudah nikah baru mengawan
kasih asmara cinta dibuktikan
tanggungjawab rela dibeban

cinta asmara bukti setia
suami isteri hidup berdua
sama padan sama sekata
api cinta semarak sentiasa

kalau hidup berumah tangga
buktikan cinta dalam segala
berbuat baik bergaul mesra
ikut segala panduan agama

cinta diberi takkan kurang
bertambah subur serta matang
mata senang bila memadang
jiwa senang kasih bertandang

rumahtangga istana asmara
intan payung permata hati
cinta khalifah kasih bermakna
keluarga cemerlang bijak bistari

Monday, December 25, 2006

KAHWIN KENAPA PERLU DISUSAHKAN



KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan ‘panas’ dada-dada akhbar.

Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai kad pra bayar, perlakuan seks di dalam bas ekspress, perlakuan seks bebas di kalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.

Krisis keruntuhan moral bangsa Melayu ini diburukkan lagi dengan penyalahgunaan teknologi komunikasi terkini. Gambar-gambar serta video klip lucah dengan mudah diperolehi melalui teleifon bimbit dan internet. Ianya merangsang perkembangan seksual anak-anak pada peringkat yang lebih awal.

Hanya perkahwinanlah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan keruntuhan moral seksual serta mengelakkan lebih banyak jenayah seksual.

Lebih memburukkan ianya akan membabitkan pembunuhan samada di peringkat janin ataupun bayi yang tidak berdosa dan adakalanya wanita sendiri yang sering menjadi mangsa samada dibunuh atau membunuh diri bagi menutup kesilapan dan keterlanjuran.
Akan tetapi muda mudi beranggapan perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah, ianya sesuatu yang menyusahkan. Bermula daripada hantaran yang tinggi yang kebiasaanya tidak kurang RM5000 mutakhir ini.

Persiapan majlis pertunangannya, persiapan kenduri kendaranya, persiapan pelaminnya, persiapan pasukan kompangnya dan banyak lagi, yang barangkali jika dibuat pinjaman untuk menguruskan kenduri kahwin ini mungkin apabila sudah beranak pinak, pinjaman bank masih belum habis dijelaskan.

Akhirnya pasangan yang sudah memuncak nafsu syahwatnya, mengambil jalan pintas, lebih baik mereka duduk bersekedudukan sementara menunggu tempoh pertunangan yang lama untuk mengumpulkan belanja perkahwinan.

Adakah ini ajaran Islam atau hanya adat kita orang Melayu? Adakah ajaran Islam yang menyusahkan pasangan muda mudi untuk berkahwin sekarang ini atau hanya adat Melayu yang meyulitkan pasangan muda mudi untuk berkahwin?

Apakah orang Melayu malu jika anak mereka tidak mengadakan kenduri besar-besaran untuk perkahwinan anak mereka, hantarannya sedikit tetapi tidak malu pada Allah apabila anak mereka keluar dengan pasangannya sebelum mereka berkahwin?

Sedangkan dalam Islam sudah dianjurkan , apabila muda mudi Islam sudah sampai tempoh mereka untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan dan dipermudahkan.
Malah pernah kita dengar cerita bagaimana Nabi Muhammad S.A.W menyuruh para sahabat mengadakan kenduri kahwin sekadar yang mampu dan seadanya walaupun hanya dengan memberi minum air dan makan tamar.

Ini adalah kerana tujuan diadakan kenduri kahwin atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya untuk mengelakkan fitnah.

Namun kepada mereka yang mampu untuk mengadakan kenduri kahwin secara besar-besaran ianya bukanlah menjadi halangan jika niat mereka adalah untuk memberi makan kepada semua tetamu yang hadir.

Akan tetapi media harus memainkan peranan agar tidak terlalu memperbesarkan majlis kenduri kahwin yang hebat-hebat dan mewah-mewah , kerana ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi masyarakat supaya berlumba-lumba mengadakan kenduri kahwin yang hebat-hebat.

Untuk mengawal keruntuhan moral seksual yang semakin teruk dewasa ini, media harus memainkan peranan agar mempromosi kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana.
Kenduri kahwin yang tiada pelamin berharga beribu-ribu ringgit, kenduri kahwin yang tiada persalinan bajunya yang berpasang-pasang, kenduri kahwin yang dibuat di masjid, kenduri kahwin yang dibuat secara beramai-ramai dan sebagainya.

Dengan ini masyarakat akan berlumba-lumba untuk mengahwinkan dengan segera anak mereka, kerana mereka tidak berasa malu lagi jika kenduri kahwin hanya dibuat kenduri ‘sejambar nasi’ atau seperti kenduri doa selamat.

Muda mudi kita sekarang ini semakin keliru apakah ajaran Islam yang menyusahkan atau adat Melayu sebenarnya yang menyusahkan mereka untuk berkahwin.

Mereka membuat persiapan yang bersungguh-sungguh untuk majlis kenduri kahwin dengan mengumpul duit bertahun-tahun serta perlu ditambah pula dengan pinjaman bank.
Sebaliknya mereka tidak mempunyai persiapan yang secukupknya untuk menjadi suami yang soleh, isteri yang solehah dan mendidik anak menjadi anak yang soleh.

Akibatnya majlis kenduri kahwin dapat dilaksanakan dengan hebat akan tetapi perjalanan hidup sebagai sebuah keluarga suami , isteri dan anak-anak menjadi porak peranda.

Sunday, December 24, 2006

SELAMAT PULANG


Assalamualaikum

Jangan selubungi hidup anda dengn mesteri....hehehe..dah lama rasanya tak tulis kat blog ni...mungkin kawan-kawan tertanya-tanya tentang cerita mesteri...Insya Allah saya akan menghabis juga cerita mesteri ini...tunggu... cerita ini memang terlalu mesteri....

Semasa di Malaysia tidak menulis apa disebabkan takde computer kat rumah dan kalau nak pergi cc pun rasanya malas...tapi apakan daya permintaan tentang cerita mesteri ini terlalu tinggi(perasan muka awak)tula sebabnya saya akan habiskan juga cerita ini.

Apa –apa pun yang penting kite kena menjaga ukhuwah anara sesame kita jangan ada perasaan hasad dan dengki terbuku dalam hati kita...sebab itulah kita hendaklah menjaga hati kita ini daripada kotor denagn maksiat...supaya tidak timbul penyakit – penyakit mazmumah dalam diri kite…

Sunday, June 25, 2006

MESTERI

Peperiksaan sudah bermula dan saya dan Zul telah melalui dua madah Alquran dan Khitobah tetapi keadaan Zul masih juga tidak sembuh bahkan semakin lama semakin sakit kaki dia tidak boleh berjalan dan duduk dalam keadaan yang lama.Akhirnya saya mngambil keputusan untuk mengajak pergi ke hospital untuk memeriksa apa yang terjadi kepada kakinya.Pada waktu malam kami pergi hospital iaitu dua hari sebelum imtihan madah falsafah.Tujuan kami yang utama adalah untuk pergi ke hospital Arqam disebabkan doktor tiada dan kami berpindah ke hospital Taisir.Setelah melalui pemeriksaan, doktor hanya mengatakan kesakitan yang dialami Zul adalah penyakit biasa sahaja mungkin disebabkan terhentak kakinya.Doktor hanya memberi ubat sapu dan ubat tahan sakit serta menyuruh datang buat kali kedua pada minggu hadapannya.

Pada keesokan harinya saya , Nan dan Zul pergi ke Al-azhar untuk menghadapi peperiksaan bersama dengan menaiki teksi.Memang sebelum ini pun kami pergi menaiki teksi kecuali pada hari pertama peperiksaan.Melihat keadaan Zul yang semakin teruk sakitnya kami pergi menaiki teksi.Pada hari imtihan inilah saya melihat kali terakhir zul berlari untuk mengejar bas ketika hendak pulang ke rumah.Pada fikiran saya kemungkinan keadaan Zul semakin berkurangan setelah memakan ubat dan menyapu ubat yang diberikan oleh doktor.Tetapi fikiran saya meleset pada malamnya keadaan Zul semakin teruk, semakin lama semakin susah untuk berjalan.Keadaanya seperti sakit yang dicucuk- cucuk pehanya dan sentiasa menggosok - gosok pehanya untuk menahan sakit.Kami ahli bait makin lama semakin risau dengan keadaanya.Saya terus menelepon Wak Reng kalau dia boleh berbuat apa – apa tentang keadaan Zul ini.Wak Reng datang membawa kapur bertjuan menyapu pada peha Zul untuk mengurangkan sedikit rasa kesakitan dan menyebabkan rasa sejuk.

Sudah seminggu berlalu tetapi keadaan Zul tiada perubahan .Mestrei sungguh penyakit Zul ini.Apakah penyakit ini?Sungguh sedih kerana Zul tidak menghadirkan diri pada Imtihan kali ke empat iaitu madah tafsir.Pada hari ini saya dan Nan bercadang untuk pergi ke hospital lagi.Tetapi kali ini Ydp BKPJM mencadangkan untuk pergi bersama pelajar kuliah tib(doktor).Kami menyewa kereta untuk pergi ke hospital kerana keadaan Zul yang sudah tidak larat lagi utk berjalan lama.Sebelum pergi ke hospital kami menuju ke dahulu ke ARMA untuk mengambil pelajar kuliah tib itu dikenali dengan Doktor Nik.Dalam perjalanan …..

Tuesday, June 20, 2006

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"


2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X
sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat
mencuci hati dan menenangkan minda.


4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga
menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam
sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak
aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,
aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum
tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
CUBALAH!!

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk


11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Friday, June 16, 2006

TERIMA KASIH SEMUA

Kami ahli bait Ansar mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang banyak membantu kami dalam pengurusan ustaz Zulkarnain yang sakit sehingga berjaya di bawa pulang ke Malaysia.

Terima kasih terutama kepada YDP Bkpjm Ust Fairuz banyak membantu dalam pengurusan tiket yang terpaksa ke sana – sini kerana terdapat masalah tiket dan banyak membantu dalam mencari doktor.Terima kasih juga kepada ustaz Azman Shaari kerana selalu bawa makanan ke rumah ini yang banyak belanja.Ustaz Hafiz dan ustaz Hairi yang selalu tidur di rumah ini dan membantu ,memasak ,mengemas dan memberi nasihat walaupun tengah dalam peperiksaan.Tidak lupa juga buat sahabat seperjuangan ustaz Qistas yang banyak memberi tunjuk ajar, membantu semoga dipermudahkan segala urusan yang bakal menjadi bapa bulan tujuh ini dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Buat sahabat karib ust Lokman , ust Fahmi Dzulkarnain , ust Firdaus Ahmad dan Ust Halim Masran jutaan terima kasih kerana sudi membantu kami.Tidak lupa juga kepada ust Omar Zakir kerana berulang – alik untuk urusan sewa kereta.

Kepada Badan pengurus PMRAM, buat presiden ustaz Hairul Nizam dan badan pengurus yang lain terima kasih banyak- banyak kerana meminjamkan kerusi roda dan tongkat mudahan 2 persatuan yang dibina ini kekal sehingga kiamat.Kepada Encik Arifin pegawai Atase Kebajikan JPMK yang banyak juga membantu pengurusan Ust Zulkarnain .

Terima kasih juga kepada yang datang untuk mengubati Ust Zulkarnain Ust Syauki , Ust Shahril , Ust Qistas , Dr Zuhdi, Dr Nik , Dr Firdaus, Dr Nushi(arab).

Kepada Sahabat yang lain Ust Shahrunnizan Suratmin,Ust Hafiz Noramli,Ust Ridzuan Roslan, Ust Kahar, Ust Firdaus Sulaiman,Ust Mohd Rozlan, Ust Iqbal dua2 Iqbal,Ust Yohanas,Ust Zairol Al-adib,Ust Nazar,Ustaz Putera,Usta Adib, Ust Ismail Maslan ,Ust Hanafiah, dan kepada sepupu ust Zulkarnain yang baru bertemu (jejak kasih), Ust Hairul Nizam Harun(badang) yang banyak memberi semangat kepada Zulkarnain supaya tabah dan sabar.

Kepada semua sahabat yang tidak disebut namanya disini yang mendoakan kesihatan Ust Zulkarnain dan kepada yang selalu melawatnya di sini semoga Allah membalas kebaikan kepada kalian dipermudahkan segala urusan.Sama –samala kita doakan Ust Zulkarnain semoga cepat sembuh dan pulang kembali meneruskan pengajian di sini.

Monday, June 12, 2006

MESTERI


Jangan biarkan hidup anda diselubungi mesteri..ini bukanlah cerita rekaan, dongengan mahupun sesutau berbentuk khayalan semata. Bahkan cerita benar yang diungkap melalui pengalaman yang telah dilalui. Percaya atau tidak namun tidak semua orang melalui pengalaman yang sama.
Apa yang menarik tentang cerita ini adalah syyy...bulu roma saya tiba-tiba meremang ketika ini.Mungkin ada yang menggangu saya ketika ini kerana dalam cerita ini saya akan menceritakan keadaan mereka yang sebenar.Mereka memang marah kalau saya ceritakan tentang hal keadaan dunia mereka ini pun setelah diberitahu oleh kawan saya yang istimewa yang boleh melihat mereka.


Ceritanya bermula apabila kawannya saya mengadu tentang kakinya yang sakit dibahagian peha.Perkara ini diberitahu diwaktu kami serumah yang sedang berehat sambila menonton teleisyen bersama rakan – rakan yang lain.Zul mengatakan kaki sakit dibahagian peha dan menyuruh saya urutkan.Apa lagi saya pun urut dibahagian kaki yang sakit sambil mengatakan bahawa mungkin dia jarang bersenam menyebabkan kakinya sakit kerana sebelum ini dia ada bermain ping – pong tanpa ada pemanasan badan.Pada malam itu kami pun mempratikan senaman harimau yang mana kepalanya adalah Paijul yang memang telah lama pakar dalam bidang senaman harimau ini.Untuk pengetahuan senaman ini memang bagus untuk dilakukan setiap pagi dan petang.Kepada yang ingin mempelajarinya boleh datang Hayyu Asyir Imarah 38 tingkat 4 tangga yang kedua depan rumah neng indon dan diharap jangan salah rumah pergi ke rumah neng.

Kita sambung cerita semula tentang keadaan Zul yang mana semakin lama semakin sakit kakinya.Telah ramai zul berjumpa untuk diurut kakinya yang sakit itu tetapi hasilnya tiada. Antara pakar – pakar yang telah Zul jumpa ialah Paiju,Loko dan wak reng .Begitulah keadaan Zul yang semakin sakit kakinya dan berjalan dalam keadaan terhencut- hencut walaupun telah diurut oleh pakar urut Mesir iaitu Wak Reng tapi begitu juga keadaannya.

Bersambung….

Sunday, May 21, 2006

KEINDAHAN DAN KEPELBAGAIAN KEJADIAN MANUSIA

1. Nabi Adam dijadikan tidak dari lelaki dan perempuan . Nabi Adam dijadikan daripada tanah pada awal kejadian manusia.

2. Hawa dijadikan daripada lelaki tanpa ada perempuan. Hawa dijadikan daripada tulang rusuk adam.Firman Allah:

يأيهاالناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساء

Rasul SAW bersabda:

...خلقت حواء من ضلعه القصير.....

Ibnu Majah kitab At Toharah

3. Nabi Isa dijadikan dengan adanya ibu dan tiada ayah iaitu ada perempuan tanpa lelaki.Mariam tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki beliau adalah wanita yang suci.

قالت ربي أنى يكون لي ولد ولم يمسسنى بشر قال كذلك الله يخلق ما يشأ إذا قضى أمرا فإنما يقول له كن فيكون.

4. Anda , saya dan ibu bapa kita dan baki manusia yang lain dijadikan dengan adanya ibu dan bapa melalui hubungan suami isteri ..

Daripada kepelbagaian ciptaan manusia dapat kita lihat begitu jelas dengan kekuasaan Allah . Menjadikan sesuatu dengan kehendaknya . Sekiranya penganut agama Kristian mendakwa bahawa Nabi Isa tuhan atau anak tuhan adalah lebih utama mereka menyatakan Nabi Adam itu tuhan atau anak tuhan kerana keistimewaan kejadiannya melebihi Nabi Isa. Tiada seorang pun yang mengatakan Nabi Adam itu tuhan atau anak tuhan. Ini menunjukkan Nabi Isa hanyalah utusan Allah. Dakwaan atau akidah orang-orang Kristian mengatakan Nabi Isa tuhan atau anak tuhan adalah sesat dan menyesatkan.

إن مثل عيسى عند الله كمثل ءادم خلقه من تراب ثم قال له كن فيكون

Monday, May 08, 2006

PERILAKU MUSLIM TERHADAP MUSLIM YANG LAIN

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى عليه وسلم
لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تبغضوا ولا تدبروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد ألله إخوانا المسلم أخو المسلم لا يظلم ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوى ههنا ويشير إلى صدره ( ثلاث مرات ) بحسب امرىء من الشر أن يحقره أخاه المسلم.كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
(رواه مسلم

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah radiallahu –anhu berkata : telah bersabda Rasullah s.a.w : Janganla kamu dengki mendengki ,jangan tipu menipu ,jangn benci membenci ,jangan musuh memsuhi,jangan setengah kamu berjual beli atas jual beli yang lain.jadila kamu semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim Adalah saudara muslim yang lain, yang tidak boleh menganiayainya tidak boleh membiarkannya tertindas,tidak boleh mendustakannya,dan tidak boleh menghinanya.Takwa berpunca dari sini! Sambil baginda menepuk dadanya tiga kali.Memdailah seorang muslim itu dikira jahat , jika ia menghina saudaranya yang muslim.ٍٍSeorang Muslim kepada Muslim yang lain diharamkan darahnya , harta bendanya, dan kehormatannya.



Cukupkah seorang itu dinamakan Muslim dengan mengucap syahadat sahaja?Sempurnakah Islam seseorang itu,jika sudah bersembahyang dan berpuasa?Lengkapkah Islam seorang itu dengan mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji?Ya betul! itula yang dikatakan Islam yang ditujukan oleh setiap Muslim. Islam itu ialah dua kalimah syahadat!Islam itu ialah sembahyang dan puasa.Sempurnalah Islam sesorang itu jika ia mengeluarkan zakatdan naik haji!

Memang Islam itu adalah rukun kelima-lima rukun yang disebutkan tadi.Tetapi apakah boleh membanggakan diri sebagai seorang Muslim yang menepati ajaran-ajaran Islam.Inilah yang dianjurkan dan diajar kepada kita dalam hadis tersebut.

Kalau begitu bagaimanakah yang dikatakan peribadi Muslim itu?
Peribadi muslim itu ialah tiada mendengki Muslim yang lain ,tiada menipu muslim yang lain, tiada membenci Muslim yang lain, tiada memusuhi Muslim yang lain.sehingga setiap Muslim merasa ada semacam hubungan yang erat,seperti hubunagan kekeluargaan atau pun persaudaraan.dalam surah Al-Hujurat:10 yang berbunyi: Sesungguhnya orang-orang yang beriman bersaudara!

Lantaran itu, seharusnya jiwa seorang muslim dengan Muslim yang lain menjadi sebati, masalan jika ia menganiaya orang lain,bererti menganiaya saudara sendiri,jika ia membenci orang lain seperti membenci keluarga sendiri yang mana semua sifat-sifat itu akan menimbulkan keratakan dalam persatuan kaum Muslimin.

Kemudian hadis telah menunjukkan kepada kita ,siapakah yang dikatakan peribadi muslim yang jahat itu.Iaitu orang yang menghina Muslim yang lain,kerana muslim itu adalah saudaranya.Memang tepatla oranag yang menghina saudara sendiri itu ialah manusia yang jahat perilakunya.Apakah anda suka dicop seorang yang jahat pada pandangan Islam?tentu tidak!jadi marila kita sama beramal dengan hadis ini.

Hadis banyak menerangkan kita konsep Islam dalam persaudaraan kemasyarakatan dan sebagainya.Kita juga ditegah melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan persaudaraan.Dengan megamalkan hadis ini kaum Muslimin akan kelihatan bersatu padu,kuat dan kukuh dalam pandangan penganut agama yang lain, agar mereka tertarik dengan dan memeluknya.

Tuesday, April 18, 2006

PAYAHNYA NAK BUAT DOSA

Bertemu secara sulit itu susah. Modalnya juga besar. Anda terpaksa rangka rancangan anda dengan teliti; di mana tempat yang paling selamat? Kalau di hotel selamatkah daripada serbuan pihak berkuasa?
Kalau di taman tak adakah orang nampak? Kalau di restoran apa yang hendak dimakan. Baju apa nak pakai? Itu semua duit dan berisiko. Alasan apa yang hendak diberikan kepada isteri untuk pulang lewat, atau keluar seorang diri pada hari minggu pun mengganggu fikiran.
Bukankah lebih mudah membina pahala daripada membuat dosa? Apa pun yang kurang tentu lebih mudah mendapatkannya daripada yang sedia ada daripada terpaksa mencarinya di luar.
Kalau kantol satu negara akan tahu. Muka terpampang dalam paper. Jawatan mungkin hilang. Nak balik kampung pun rasa tak sanggup lagi.
Untuk berbuat jahat itu susah. Anda perlu merancang dengan teliti. Siapa yang hendak ditipu? Bolehkah dia ditipu? Apakah tindakan yang diambil apabila dia sedaria telah tertipu. Apa yang hendak ditipu?
Berapa ratus, berapa ribu, berapa juta? Alasan apa hendak anda berikan untuk menipu? Anda perlu berlakon, mereka-reka cerita. Itu semua payah dan mengambil masa.
Bukankah lebih mudah merancang untuk cemerlang daripada membina temberang? Bukankah lebih mudah mencari alasan untuk berjaya daripada mencari alasan untuk gagal. Bukankah lebih mudah merangka perkara baik daripada merangka perkara jahat?Untuk berbuat baik dan berbuat jahat itu sama susah.
Kadang-kadang berbuat jahat itu pula lebih susah. Hampir semua perkara jahat perlu dibuat secara sembunyi-sembunyi. Benda yang perlu disembunyikan memang payah melakukannya. Tidak boleh bising sangat, nanti orang dengar; tak boleh terang sangat, nanti orang nampak; tak boleh terdedah sangat, nanti orang tahu. Itu semua susah.
Mengapa lebih suka buat yang susah daripada yang senang? Bukankah yang senang itu lebih senang sebab tak perlu sembunyi-sembunyi; tak payah tipu-tipu; semuanya boleh dibuat dengan senyum dan tawa.Untuk buat pahala itu mudah, jauh lebih mudah untuk buat dosa. Pergi ke disko itu susah. Sekali duduk paling murah RM50. Nak pergi itu satu hal, nak buat apa dalam tu pun satu hal; dapatnya dosa. Dapatnya maruah yang tercemar. Dapatnya rasa bersalah sendiri.
Kalau nasib tak baik terperangkap dalam serbuan pihak anti-dadah. Bukankah lebih baik pergi masjid atau surau? Modal tak payah, silap-silap ada makan, hati pun tenang, kalau ada kuliah dapat belajar dari tuk guru. Ilmu bertambah pahala pun dapat. Rasa confident dan terpelihara oleh ALLAH pun terasa sikit-sikit.Daripada pergi mencuri itu bukankah lagi baik cari sendiri.
Dapat duit secara halal boleh berbelanja tanpa was-was, dapat duit cara haram nak berbelanja pun rasa tak senang. Nak mencuri perlu waktu malam, orang sedap-sedap tidur, dia mengekang mata. Silap-silap tertangkap dan dipukul orang.
Bukankah lebih mudah mencari duit secara betul daripada cuba-cuba mencetak yang palsu. Yang palsu akhirnya kecundang juga. Tupai memang pandai melompat dan tak pernah jatuh, tapi kalau jatuh juga itu tentu bukan lagi pandai tapi terlebih pandai.
Hendak membina hubungan sulit itu payah, sebab ia dianggap salah oleh semua. Oleh isteri, oleh anak-anak, oleh mentua, oleh ibu bapa, oleh adik-beradik, oleh jiran, oleh tuk imam, oleh rakan-rakan, oleh bos, oleh budaya, oleh masyarakat, oleh negara dan yang terpenting sekali oleh agama.
Kenapa payah-payahkan diri buat sesuatu yang memang payah padahal yang senang dan mudah itu ada di depan mata. Memang susah nak buat dosa sekarang ini berbanding berbuat pahala.