Thursday, March 22, 2012

KEMBALI


Assalamulaikum..sudah lama tidak menulis dalam blog ini kerana kerterbatasan masa dan waktu.Menulis itu memang penting kerana boleh melatih kita untuk menyampaikan sesuatu yang kita faham untuk dikongsi bersama.Peribahasa ada menyebut pena itu lebih tajam dari mata pedang.Selain pembacaan penulisan juga merupakan satu wasilah yang penting dalam menghasilkan ilmu dan menyampaikan dakwah islam

Allah telah berfirman dan bersumpah dengan qalam iaitu alat untk menulis

ن والقلم وما يسطرون

Bermaksud: Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. (surah al-Qalam 1)

Allah berfirman lagi

والطور وكتاب مسطور في رق منشور

Bermaksud:Demi bukit Thur,dan kitab yang ditulis,pada lembaran yang terbuka.(surah At-Thur 1-3)

Dalam firman Allah:

الذي علم بلقلم

Bermaksud: Yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam(perantaraan tulis dan baca)

Berdasarkan dalil-dalil di atas kita dapat melihat bahawa penulisan sangat penting dalam kehidupan.Apabila Allah bersumpah terhadap sesuatu terdapat sesuatu hikmah atau perkara yang hebat disebaliknya .Maka atas dasar ini penuntut ilmu mestilah banyakkan membaca dan menulis untuk menambahkan pengetahuan dan melahirkan banyak ilmu hasil dari penulisan.Antara faedahnya dapat mengingatkan sesuatu jika terlupa .Maka dengan itu dapat kita lihat beribu atau billion buah kitab tulisan ulama’,ilmuan,ustaz-ustaz dan mereka yang mahir dalam sesuatu ilmu.Rasululah telah bersabda:

قيدوا العلم بالكتاب

Maksudnya: Ikatlah ilmu dengan tulisan.(riwayat Hakim)

قال أبو هريرة: لم يكن من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم أكثر حديثا مني الا عبدالله بن عمرو بن العاص فانه كتب ولم أكتب

Maksudnya:Abu Hurairata berkata :tiada ada seorang pun sahabat Rasulullah yang paling banyak meriwayatkan hadith kecuali Abdullah bin Amru bin Al-Asr,maka sesusngguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis.

Banyak faedah yang boleh kita dapat dari penulisan seseorang. Semoga Allah jadikan kita seorang penulis yang memberi manfaat kepada orang lain hasil dari tulisan kita.WaAllahu A’lam.

Friday, November 05, 2010

KATA-KATA HIKMAH

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun

hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam

kenangan.


4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali

kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada

kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Thursday, June 10, 2010

5S – Propaganda Yahudi

5S – Propaganda Yahudi. Sudah tentu ramai di kalangan kita yang pernah terdengar atau terbaca tentang 5S ini. 5S yang dimaksudkan ialah Song, Spirit, Sex, Sport & Smoke. Jika diamati, sebahagian daripada perkara-perkara ini adalah perkara biasa dalam kehidupan kita sehari-hari. Lalu apa masalahnya? Sesungguhnya, inilah yang dinamakan propaganda, sesuatu yang dicipta dan telah menyusup masuk ke dalam budaya kita, dan menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa janggal, asing dan kolot sekali untuk meninggalkannya. Benarkah? Baiklah, mari sama-sama kita kupas satu-persatu isu ini.

Song

Song di sini adakah hanya merujuk kepada lagu sahaja? Semestinya tidak. Ia merangkumi lagu, filem, game, anime dan sebagainya. Dengan kata mudahnya sebarang bentuk media dan hiburan. Timbul persoalan lain. “Ala, takkan tu pun salah? Bukan buat dosa pun..” Memanglah tak salah. Namun, apa-apa perkara pun yang hukumnya harus, bila dibuat secara berlebihan akan membawa mudarat. Kalau terlalu leka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat dan pelajaran…itu sudah salah. Usahlah merungut jadi pelajar medik tak cukup masa nak ulangkaji dan tak ada masa nak buat kerja lain (kelas Quran, kelas Arab, tafaquh agama, ziarah sahabat) kalau tengok movie dan main game boleh sampai tengah malam.

Selain berupaya melalaikan kita, majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi, keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang melemahkan jiwa dan ingatan kita. Sehari setitik hitam, lama-lama hitam dan keraslah hati kita. Ilmu itu cahaya, dan cahaya takkan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat.

Lihatlah kebijaksanaan Yahudi. Mereka tidak perlu berhabis jutaan wang untuk memangkin industri hiburan di seluruh dunia. Cukup sekadar menjadi perintis (pioneer/initiator) memperkenalkan hiburan dan trend saban hari, seluruh dunia mengikut jejak mereka. Bahkan setiap negara itu sendiri yang akan berhabis mengeluarkan modal untuk memajukan industri ini. Bijak…bijak… Semua ini melahirkan manusia yang hedonistik, yang hanya tahu berseronok, yang tidak ambil peduli hal orang lain, hanya mengira makan minum sendiri sahaja. Usahkan berbicara tentang pembebasan Palestin, Palestin itu apa pun entahkan tahu entahkan tidak.

Spirit

Spirit di sini bermaksud minuman keras yang memabukkan-alcohol/arak. Apa bahayanya alkohol/arak ini? Sirah Sahabiah telah merakamkan betapa bahayanya arak ini. Dikisahkan anak Saidina Umar telah menghadiri satu majlis keramaian. Di majlis itu dihidang arak. Dia dipelawa minum arak itu, tetapi ditolak oleh anak Saidina Umar kerana tahu akan haramnya arak. Rakan-rakannya tidak putus asa dan mempelawanya lagi, sedikit sahaja, kata mereka. Anak Saidina Umar pun minum sedikit dan beliau telah mabuk. Dalam perjalanan pulang, dia telah berzina dengan seorang wanita kafir. Wanita itu telah mengandung dan setelah melahirkan anaknya, dia pergi menuntut haknya kepada Umar. Setelah memastikan kebenaran kata-kata wanita ini daripada anaknya, Umar sendiri yang menjalankan hukuman sebat 80 kali ke atas anaknya. Anaknya yang sedar akan kesalahannya dan telah insaf berulang kali memohon ampun daripada bapanya, namun Umar tetap tegar menyebat anaknya sehinggakan anaknya itu mati di tangannya. Diceritakan Umar telah bermimpi melihat anaknya berjalan bersama Rasulullah kerana dia terlepas hukuman akhirat kerana telah dihukum di dunia.Wallahua’lam.. Lihatlah kenapa Islam mengharamkan arak ini..kerana ia mencetuskan mudarat yang bersambung-sambung dan menjejaskan bukan sekadar diri sendiri malah orang sekeliling kita.

Sebagai pelajar agama danmedik juga, sudah semestinya kita lebih arif akan bahaya dan kesan- kesan buruk pengambilan arak ini. Alhamdulillah tiada kes-kes sebegini yang dikenalpasti di kalangan komuniti kita di mesir ini. Namun, kita harus ingat yang medan kita bukan di sini, tetapi di Malaysia kelak. Di Malaysia pengambilan arak di kalangan Muslim bukanlah perkara yang asing malah bilangannya meningkat dari semasa ke semasa. Pada ketika inilah posisi kita sebagai doktor memainkan peranannya untuk memperbetul situasi ini baik dari segi fizikal mahupun spiritual.

Sex

Adakah yang dimaksudkan sex ini semata-mata hubungan seks? Tidak kawan-kawan. Malah ia merujuk kepada perkara sebelum seks itu sendiri, yang membawa dan menjerumuskan kita ke arahnya. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Perkara ini dilihat universal tanpa ada sesiapa mempertikaikannya.

Selain media, budaya percampuran lelaki dan wanita dikembangluaskan sehebat mungkin tanpa ada batasan dan sempadan. Islam tidak menghalang berikhtilat, namun ada batas-batasnya. Ikhtilat dibenarkan dalam menuntut ilmu, mengubati pesakit, kenderaan awam dan sebagainya. Selebihnya adalah tidak perlu. Sistem pendidikan yang dahulunya diasingkan telahpun digagaskan untuk dicampurkan, sedangkan telah terbukti kualiti dan kecemerlangan sekolah-sekolah yang sama jantina adalah sangat baik. Lihat sahaja contoh-contoh di tanah air kita sendiri. Sekolah-sekolah premier majoritinya sekolah sejenis, STF,TKC, MCKK, STAR dan lain-lain lagi. Lihat lagi pada ma’had-ma’had tahfiz, kebanyakannya diasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

Bagaimana kita boleh berasa bongkak melakukan perkara-perkara larangan Allah dan dalam masa yang sama ingin menuntut ilmu milik Allah? Belum dikira lagi nikmat-nikmat yang kita dapat sehari-hari yang sememangnya tak mampu untuk kita membayarnya..

Sports



Sukan? “Nak bersukan pun salah ke?” Pernah dengar

‘qoute’ ini?- Letak bola sebiji, beribu-ribu orang tak solat Magrib di stadium..

Bersukan hukumnya harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada , tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat mentadabbur alam dan lain-lain lagi. Maka, pada ketika ini, ia amat digalakkan.

Namun cuba lihat pula situasi ini. Saya tidak melarang, mahupun mengatakannya haram atau salah. Cuma membangkitkannya untuk difikirkan bersama baik buruknya. Kalau sekadar menonton acara sukan di televisyen atau internet, adakah bermanfaat? Bukan tiada, ada. Contohnya mengambil skil-skil baru, menaikkan semangat patriotik dan sebagainya. Namun, cuba nilaikan k

embali, berapa peratus daripada kita menonton perlawanan bola sepak dengan 2 matlamat ini. Kebanyakannya menghabiskan masa hampir 2 jam hanya menonton, bukannya bermain sekali mengeluarkan peluh pun. Malah ada yang leka sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Kalau semua tanggungjawab sudah diselesaikan, pelajaran sudah diulangkaji, maka terpulanglah.

Smoke

Smoke di sini merujuk kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. Sebagai bakal pendakwah agama dan doktor, kita seharusnya lebih arif akan mudarat dan kesan buruk rokok seperti kanser, radang paru-paru, peptic ulcer, impotence dan sebagainya. Merokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita. Selain itu, merokok juga merupakan satu bentuk pembaziran. Sedangkan umat Islam adalah yang termundur dan termiskin dalam era kini, namun masih ramai lagi yang degil dan tegar merokok.

Tahukah anda, siapakah yang mula-mula mencipta rokok? Tidak lain dan tidak bukan Yahudi laknatullah. Rokok merupakan ciptaan paling agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi. Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka. Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa tidak bijaknya kita menghisap rokok ciptaan Yahudi itu.

Snack


Ini merupakan S yang keenam yang saya tambah. Snack di sini saya maksudkan sebagai makanan. Yahudi bukan sekadar menyerang kita dengan 5S di atas, malah turut menyerang kita dari aspek yang tidak terduga, makanan. Dunia dan sejarahnya telah menyaksikan bangsa yang bijak adalah bangsa Arab dan bangsa Yahudi. Namun kebijaksanaan dan kegemilangan bangsa Arab itu adalah sejarah. Yang tinggal kini hanyalah kebijaksanaan yang dikaburi dan ditenggelami kemiskinan, corrupt dan kemunduran negara-negara Arab. Walaubagaimanapun,masih wujud umat Islam yang sedar dan mahu mengubah wajah bangsanya dan masih mampu bergerak walaupun ditekan dari segenap arah. Mereka ini wujud di setiap negara Islam. Kebangkitan yang semakin meluas inilah yang ditakuti Yahudi.

Maka, tidak cukup dengan 5S, mereka menyerang pula dangan S yang keenam-snack/makanan. Pengenalan makanan-makanan segera dan makanan ringan mendapat sambutan hangat seluruh penduduk dunia. Seperti yang kita tahu makanan seumpama ini mengandungi pewarna, pengawet dan perasa yang sangat banyak. Dan kita begitu arif bahawa bahan-bahan ini adalah carcinogen. Selain itu, bahan-bahan ini juga melemahkan ingatan, mengurangkan ketajaman akal, membantutkan tumbesaran dan lain-lain lagi.

Kita lihat sahaja tanah air kedua kita, Mesir bumi kinanah ini. Snack dan ‘jajan-jajan’ begitu banyak sekali dijual di kedai-kedai. Fenomena ini baru sahaja berlaku dalam 5-6 tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, tiada pun seumpama hari ini. Produk pertama yang diperkenalkan di Mesir ialah Syibsi, yang kita tahu produk boikot. Cukup menjadi perintis, tanpa perlu disuruh syarikat-syarikat Mesir sendiri turut sama rancak manghasilkan produk serupa dek kerana sambutan yang sungguh luar biasa. Hasilnya semua orang sudah menjadikannya makanan asasi. Pelajar-pelajar Malaysia di sini turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Sesungguhnya, untuk melawan musuh, kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita. Paling penting bagi kita adalah untuk kembali kepada fitrah, kembali kepada Quran dan sunnah. Kerana Quran dan sunnah adalah pegangan kita, dan satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita. Dan sedarlah, Islam tidak akan tertegak melalui umat yang asyik dan leka, yang senang lenang tidur lena, yang hanyut membuat dosa dan noda & yang tidak menjaga diri dan hawa. Marilah sama-sama memperbaik dan mengislah diri sendiri agar kita layak untuk menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membebaskan Palestin tanah wakaf kita.

Wallahua’lam..

Sunday, January 31, 2010

32 Cara Berbakti Kepada Orang Tua

Oleh: Asy Syaikh Muhammad Jamil Zainu

1. Berbicaralah kamu kepada kedua orang tuamu dengan adab dan janganlah mengucapkan “Ah” kepada mereka, jangan hardik mereka, berucaplah kepada mereka dengan ucapan yang mulia.

2. Selalu taati mereka berdua di dalam perkara selain maksiat, dan tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam bermaksiat kepada sang Khalik.

3. Lemah lembutlah kepada kedua orangtuamu, janganlah bermuka masam serta memandang mereka dengan pandangan yang sinis.
4. Jagalah nama baik, kemuliaan, serta harta mereka. Janganlah engkau mengambil sesuatu tanpa seizin mereka.

5. Kerjakanlah perkara-perkara yang dapat meringankan beban mereka meskipun tanpa diperintah. Seperti melayani mereka, belanja ke warung, dan pekerjaan rumah lainnya, serta bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu.

6. Bermusyawarahlah dengan mereka berdua dalam seluruh kegiatanmu. Dan berikanlah alasan jika engkau terpaksa menyelisihi pendapat mereka.

7. Penuhi panggilan mereka dengan segera dan disertai wajah yang berseri dan menjawab, “Ya ibu, ya ayah”. Janganlah memanggil dengan, “Ya papa, ya mama”, karena itu panggilan orang asing (orang-orang barat maksudnya –pent.).

8. Muliakan teman serta kerabat mereka ketika kedua orang tuamu masih hidup, begitu pula setelah mereka telah wafat.

9. Janganlah engkau bantah dan engkau salahkan mereka berdua. Santun dan beradablah ketika menjelaskan yang benar kepada mereka.

10. Janganlah berbuat kasar kepada mereka berdua, jangan pula engkau angkat suaramu kepada mereka. Diamlah ketika mereka sedang berbicara, beradablah ketika bersama mereka. Janganlah engkau berteriak kepada salah seorang saudaramu sebagai bentuk penghormatan kepada mereka berdua.

11. Bersegeralah menemui keduanya jika mereka mengunjungimu, dan ciumlah kepala mereka.

12. Bantulah ibumu di rumah. Dan jangan pula engkau menunda membantu pekerjaan ibumu.

13. Janganlah engkau pergi jika mereka berdua tidak mengizinkan meskipun itu untuk perkara yang penting. Apabila kondisinya darurat maka berikanlah alasan ini kepada mereka dan janganlah putus komunikasi dengan mereka.

14. Janganlah masuk menemui mereka tanpa izin terlebih dahulu, apalagi di waktu tidur dan istirahat mereka.

15. Jika engkau kecanduan merokok, maka janganlah merokok di hadapan mereka.

16. Jangan makan dulu sebelum mereka makan, muliakanlah mereka dalam (menyajikan) makanan dan minuman.

17. Janganlah engkau berdusta kepada mereka dan jangan mencela mereka jika mereka mengerjakan perbuatan yang tidak engkau sukai.

18. Jangan engkau utamakan istri dan anakmu di atas mereka. Mintalah keridhaan mereka berdua sebelum melakukan sesuatu karena ridha Allah tergantung ridha orang tua. Begitu juga kemurkaan Allah tergantung kemurkaan mereka berdua.

19. Jangan engkau duduk di tempat yang lebih tinggi dari mereka. Jangan engkau julurkan kakimu di hadapan mereka karena sombong.

20. Jangan engkau menyombongkan kedudukanmu di hadapan bapakmu meskipun engkau seorang pejabat besar. Hati-hati, jangan sampai engkau mengingkari kebaikan-kebaikan mereka berdua atau menyakiti mereka walaupun dengan hanya satu kalimat.

21. Jangan pelit dalam memberikan nafkah kepada kedua orang tua sampai mereka mengeluh. Ini merupakan aib bagimu. Engkau juga akan melihat ini terjadi pada anakmu. Sebagaimana engkau memperlakukan orang tuamu, begitu pula engkau akan diperlakukan sebagai orang tua.

22. Banyaklah berkunjung kepada kedua orang tua, dan persembahkan hadiah bagi mereka. Berterimakasihlah atas perawatan mereka serta atas kesulitan yang mereka hadapi. Hendaknya engkau mengambil pelajaran dari kesulitanmu serta deritamu ketika mendidik anak-anakmu.

23. Orang yang paling berhak untuk dimuliakan adalah ibumu, kemudian bapakmu. Dan ketahuilah bahwa surga itu di telapak kaki ibu-ibu kalian.

24. Berhati-hati dari durhaka kepada kedua orang tua serta dari kemurkaan mereka. Engkau akan celaka dunia akhirat. Anak-anakmu nanti akan memperlakukanmu sama seperti engkau memperlakukan kedua orangtuamu.

25. Jika engkau meminta sesuatu kepada kedua orang tuamu, mintalah dengan lembut dan berterima kasihlah jika mereka memberikannya. Dan maafkanlah mereka jika mereka tidak memberimu. Janganlah banyak meminta kepada mereka karena hal itu akan memberatkan mereka berdua.

26. Jika engkau mampu mencukupi rezeki mereka maka cukupilah, dan bahagiakanlah kedua orangtuamu.

27. Sesungguhnya orang tuamu punya hak atas dirimu. Begitu pula pasanganmu (suami/istri) memiliki hak atas dirimu. Maka penuhilah haknya masing-masing. Berusahalah untuk menyatukan hak tersebut apabila saling berbenturan. Berikanlah hadiah bagi tiap-tiap pihak secara diam-diam.

28. Jika kedua orang tuamu bermusuhan dengan istrimu maka jadilah engkau sebagai penengah. Dan pahamkan kepada istrimu bahwa engkau berada di pihaknya jika dia benar, namun engkau terpaksa melakukannya karena menginginkan ridha kedua orang tuamu.

29. Jika engkau berselisih dengan kedua orang tuamu di dalam masalah pernikahan atau perceraian, maka hendaknya kalian berhukum kepada syari’at karena syari’atlah sebaik-baiknya pertolongan bagi kalian.

30. Doa kedua orang itu mustajab baik dalam kebaikan maupun doa kejelekan. Maka berhati-hatilah dari doa kejelekan mereka atas dirimu.

31. Beradablah yang baik kepada orang-orang. Siapa yang mencela orang lain maka orang tersebut akan kembali mencelanya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Termasuk dosa besar adalah seseorang mencela kedua orang tuanya dengan cara dia mencela bapaknya orang lain, maka orang tersebut balas mencela bapaknya. Dia mencela ibu seseorang, maka orang tersebut balas mencela ibunya.” (Muttafaqun ‘alaihi).

32. Kunjungilah mereka disaat mereka hidup dan ziarahilah ketika mereka telah wafat. Bershadaqahlah atas nama mereka dan banyaklah berdoa bagi mereka berdua dengan mengucapkan,

“Wahai Rabb-ku ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Waha Rabb-ku, rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka telah merawatku ketika kecil”. (*)





Tuesday, December 22, 2009

UBAH TATACARA HIDUP HARGAI NIKMAT KESIHATAN

Perspektif Ikim:
Oleh Norkumala Awang

Tekad untuk berubah perlu bermula dengan ilmu di samping iltizam teguh

MELANGKAH ke tahun baru dengan azam baru, sudah menjadi kata sepakat bagi setiap insan yang menginginkan perubahan dalam hidup. Sesungguhnya dengan azam dan semangat kental, setiap insan mampu mengubah perjalanan hidup mereka menjadi lebih berjadual dan bermakna.Sesungguhnya, setiap hati menganggap bahawa mendepani ke tahun baru sama ada tahun Hijrah atau Masihi, ia penuh dengan cita-cita dan impian yang mungkin akan dicapai serta dilaksanakan pada tahun itu.

Walaupun begitu, terpulang kepada hati masing-masing untuk menilai sejauh mana perubahan yang bakal dicorakkan dalam diri sama ada menginjak kepada kebaikan atau sebaliknya.Muhasabah menyoroti diri adalah lebih utama supaya dapat diselak kekurangan diri dan ia juga dapat memperbaiki keadaan diri dari semasa ke semasa. Setiap daripada kita perlu melihat jauh ke dalam diri supaya kekurangan sebelum ini dapat ditampung dengan kelebihan pada hari mendatang dengan mengamalkan konsep hari ini adalah lebih baik dari semalam.

Begitu juga jika kita tinjau dari sudut kesihatan. Berapa ramai yang menyematkan dalam hati sebagai azam tahun baru untuk menjaga pemakanan supaya kesihatan tidak terabai? Mungkin selepas berdepan ujian kesakitan, barulah seseorang merasakan bahawa kesihatan itu adalah harta yang amat bernilai. Justeru, ia perlu dijaga.Sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

Ada kalanya, selepas sesuatu yang berharga itu tiada, barulah seseorang menghargai bernilainya nikmat berkenaan. Begitu juga dengan nikmat kesihatan, selepas kita diuji dengan kesakitan, baru berasa beruntungnya dengan nikmat yang dimiliki selama ini.Sejajar dengan itu, menginjak ke tahun baru, bukan setakat kita menyimpan azam dan impian dari segenap segi kehidupan tetapi usahlah dilupakan juga kesihatan diri yang bakal menjamin impian menjadi kenyataan.

Cuba muhasabah kembali, bagaimana gaya hidup kita sebelum ini? Adakah sudah mengamalkan gaya hidup sihat atau masih lagi memandang mudah mengenai kesihatan? Seandainya kita sudah mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga keseimbangan pemakanan, bersyukurlah kerana kita diberi kesedaran itu dan masih memiliki nikmat kesihatan sehingga ke saat ini.

Justeru, tatacara hidup perlu dikekalkan atau diberi penambahbaikan supaya kesihatan jasmani dan rohani menjadi lebih mantap. Contohnya, jika sebelum ini, kita mengamalkan pemakanan sempurna tetapi masih belum berkesempatan mengamalkan senaman atau amalan jasmani lain, jadi inilah masanya menambahkan senarai azam supaya tahun mendatang, amalan itu juga menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan perokok tegar, jika sebelum ini menghisap rokok berkotak-kotak, tahun baru perlu dijadikan titik perubahan mengurangkan kekerapan merokok sedikit demi sedikit dan akhirnya mungkin dapat meninggalkan terus tabiat merokok.

Bilakah lagi untuk kita tanamkan keazaman jika bukan sekarang? Ia bukanlah boleh berubah secara langsung tetapi memerlukan keazaman kental dan seharusnya lebih memikirkan akan peri pentingnya kesihatan diri berbanding ketagihan itu.Sudah terakam dalam sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Orang beriman yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah berbanding orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Ia melambangkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW menyarankan umat Islam secara individu mahupun masyarakat mementingkan kesihatan supaya menjalani kehidupan lebih baik.

Oleh itu, setiap Muslim hendaklah berusaha sedaya upaya memperbaiki hidup secara sihat dan memperbaiki kesihatannya supaya menjadi seorang manusia yang kuat. Dengan kesihatan itulah, kita mampu mengubah nasib dan meraih kehidupan lebih baik.Apa yang penting adalah istiqamah yang menjadi pencorak ke hadapan. Mutakhir ini bukan sedikit yang menderita sakit dengan penyakit yang sebenarnya boleh diatasi melalui langkah pencegahan dari awal.

Oleh itu, kepentingan langkah pencegahan juga tidak boleh dinafikan dalam pemeliharaan kesihatan kerana ia terangkum dalam aliran hidup sihat. Langkah pencegahan juga adalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan penyakit dapat dihindari di samping pemantauan kesihatan.

Jalan usaha dan ikhtiar sudah dilakukan, akhirnya berserah kepada penentuan Allah. Kita tidak akan rugi jika melakukan perubahan bermula dari sekarang supaya kelangsungan hidup yang diteruskan ini dapat dirasai dengan nikmat kesihatan berkekalan.Kita memulakan perubahan adalah untuk diri sendiri, masyarakat, agama dan negara. Perubahan dilakukan mestilah berteraskan ilmu. Membuat perubahan untuk kesihatan sempurna juga perlu bermula dengan ilmu di samping iltizam yang teguh.

Jika hanya ikut-ikutan dan bukan bermula daripada kesedaran diri, ia mungkin tidak mampu bertahan lebih lama. Sesuatu yang dilakukan berdasarkan kekuatan dalaman disertai pengetahuan cukup akan membuahkan hasil memberangsangkan kerana ia adalah natijah yang terbit daripada keikhlasan.Jika pada tahun baru ini, kita ingin mengubah gaya hidup menjadi lebih tersusun, sihat dan bermakna, ia perlu bermula dari dalam diri. Tanya dulu hati, adakah perlu membuat perubahan atau mengekalkan tabiat lama?

Berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang ada, sesungguhnya setiap orang akan mempunyai pelbagai jawapan untuk mendapat nikmat yang tiada ternilai iaitu kesihatan. Usah disia-siakan ilmu yang dimiliki tetapi gunakanlah ia sebagai panduan untuk kita terus mengekalkan kesihatan.Jadikanlah tahun baru ini sebagai satu titik tolak membuat perubahan dalam kehidupan khususnya mengekalkan kesihatan supaya azam ditetapkan dapat dilaksanakan dengan ada kesihatan yang baik